More
    Home Daerah Kuching dan Lawas catat keseluruhan 13 kes baharu Covid-19 hari ini

    Daerah Kuching dan Lawas catat keseluruhan 13 kes baharu Covid-19 hari ini

    KUCHING, 13 NOVEMBER 2020 (SNN) : Terdapat 13 kes positif Covid-19 direkodkan hari ini melibatkan 12 kes di Daerah Kuching dan satu kes di Daerah Lawas.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu 10 kes positif di Kuching adalah kes saringan kontak rapat kepada pesakit yang disahkan positif covid-19. Kesemua mereka adalah kontak rapat serumah dan rakan kerja kepada kes yang disahkan positif sebelum ini.

    Manakala dua lagi kes adalah individu yang mempunyai gejala jangkitan covid-19 yang merupakan warganegara tempatan dan mempunyai perkaitan dengan Kluster Wisma Saberkas.

    Satu kes yang direkodkan di daerah Lawas adalah melibatkan seorang pesara kerajaan baru pulang dari melawati Sabah atas tujuan perubatan pada 24 dan 25 September 2020. Kes diarahkan untuk menjalani tempoh kuarantin sebaik sahaja pulang dari Sabah dan hasil ujian makmal menunjukkan kes negatif dari covid-19.

    Pada 9 November 2020 kes mulai menunjukkan gejala sakit tekak dan dirujuk ke Hospital Lawas sebelum disahkan positif Covid-19 dal diletakkan di wad pengasingan.

    Dalam masa yang sama, JPBN Sarawak turut mengumumkan satu kluster baharu di Kuching iaitu Kluster Abell selepas terdapat 14 kes positif dikesan di kawasan itu.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan terus pastikan rakyat memiliki rumah selesa melalui PPRMS

    0
    LAWAS, 24 JANUARI 2021 (SNN) : Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sejak dulu akan terus dilaksanakan dalam...