More
    Home Sarawak Bintulu Kerajaan negeri baikpulih jalan pesisir di antara Bintulu dan Miri.

    Kerajaan negeri baikpulih jalan pesisir di antara Bintulu dan Miri.

    BINTULU, 06 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah meluluskan dana sebanyak RM9.7 juta bagi kerja-kerja menaiktaraf dan baik pulih jalan pesisir di antara Bahagian Bintulu dan Miri.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata, dana yang diluluskan oleh kerajaan negeri itu melibatkan jarak kerja baikpulih dan naik taraf sepanjang 12.27 Kilometer.

    “Kerja-kerja baikpulih jalan ini akan memberi keselesaan kepada pengguna jalan persisir apabila kerja baikpulih itu siap kelak,” katanya ketika dalam lawatan ke tapak ‘Proposed Upgrading And Pavement Improvement/ Rehabilitation Works Along The Existing Coastal Roads’ bagi pakej PB-1 Tanjong Kidurong/Kuala Suai/Kuala Niah/Kuala Sibuti/Bakam Road pada Jumaat.

    Baikpulih jalan sepanjang 12.27km itu akan beri manfaat kepada pengguna jalan pesisir.

    Turut hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Majang Ranggi, wakil CSTRU JKR, wakil daripada OPUS serta beberapa jemputan yang lain.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan terus pastikan rakyat memiliki rumah selesa melalui PPRMS

    0
    LAWAS, 24 JANUARI 2021 (SNN) : Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sejak dulu akan terus dilaksanakan dalam...