More
    Home CUEPACS Mohon Pertimbang Bantuan Hari Raya Untuk Penjawat Awam

    CUEPACS Mohon Pertimbang Bantuan Hari Raya Untuk Penjawat Awam

    IPOH, 30 April 2019 (SNN)- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengutus surat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada awal Ramadan ini bagi memohon pertimbangan supaya 1.7 juta penjawat awam di seluruh negara diberikan bantuan hari raya.

    Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata, perkara itu sememangnya akan dikemukakan kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada setiap tahun, dan pihaknya akan terus membawa permohonan itu sebagaimana tahun sebelumnya untuk dipertimbangkan.

    “Kita akan suarakan kepada kerajaan dengan mengutus surat kepada PM (Perdana Menteri) dan Menteri Kewangan supaya dalam mengharungi kos sara hidup yang semua orang tahu beban dan kesannya terhadap kewangan penjawat awam yang berada di mana-mana jua.

    “Bukan sahaja membabitkan penjawat awam di bandar, malahan di luar bandar, dan kalau tidak dibantu (melalui bantuan khas Aidilfitri) mungkin terdapat dalam kalangan penjawat awam tidak dapat berhari raya kerana tidak mampu nak membeli baju raya untuk anak-anak dan sebagainya,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Hari Pekerja Sempena Sambutan Hari Pekerja CUEPACS di Stadium Indera Mulia, di sini, hari ini.

    Perasmian disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A Sivanesan.

    Tahun lalu, Kerajaan Pusat memberikan bayaran khas Aidilfitri sebanyak RM400 untuk penjawat awam gred 41 dan ke bawah, dan RM200 untuk pesara kerajaan.Terdahulu, melalui kenyataan yang dikeluarkan sebelum menghadiri seminar berkenaan, Azih berkata, CUEPACS akan memberikan perlindungan takaful kemalangan CuepacsPA-Raya secara percuma kepada kira-kira 10,000 penjawat awam sempena sambutan Hari Pekerja 2019.

    Beliau berkata, program takaful itu adalah kerjasama bersama MyCuepacsCare dan Zurich General Takaful Malaysia Bhd (Zurich) yang memberikan perlindungan sehingga RM220,000 sekiranya berlaku kemalangan bermula pada 20 Mei hingga 19 Jun depan semasa perayaan Aidilfitri.Katanya, pemberian CuepacsPA-Raya percuma adalah selaras dengan hasrat CUEPACS bagi memastikan setiap penjawat awam memiliki sekurang-kurangnya satu perlindungan takaful. Sumber Bernama

    “Penjawat awam yang hadir ke Sambutan Hari Pekerja CUEPACS pada hari ini dan 2 Mei di sini serta Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan di Putrajaya esok akan diberikan CuepacsPA-Raya percuma berikutan risiko berlakunya kemalangan ketika musim perayaan adalah tinggi berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya,” katanya.

    Azih berkata, antara manfaat ditawarkan melalui CuepacsPA-Raya adalah perlindungan untuk kemalangan sebagai penumpang pengangkutan awam atau kenderaan persendirian, pembunuhan, serangan, mogok, rusuhan dan kekacauan awam.

    “Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan hadir melancarkan Program Takaful Kemalangan Diri CuepacsPA-Raya sempena Sambutan Hari Pekerja CUEPACS di Stadium Indera Mulia di sini pada 2 Mei ini,” katanya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...