More
    Home 86 Senapang Patah Dalam 'Ops Siaw Loong' Dilupus

    86 Senapang Patah Dalam ‘Ops Siaw Loong’ Dilupus

    SIBU, 30 April 2019 (SNN)- Sebanyak 86 laras senapang patah yang dirampas dalam Ops Siaw Loong dilupuskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Martin Koo berkata, ia susulan selepas permohonan di bawah Seksyen 413 Kanun Prosedur Jenayah dilulus dan pelupusan barang kes ditetapkan pada 30 April.
      
    “Ini merupakan perlupusan terbesar barang kes melibatkan senjata api dalam sejarah pihak Polis IPD Sibu,” katanya kepada pemberita hari ini. Menurut Martin, Ops ‘Siaw Loong’ dilancarkan di seluruh negeri ini pada tahun 2000 setelah maklumat diperolehi mengenai pengeluaran lesen senjata api secara tidak sah diketahui.”Pengeluaran lesen secara tidak sah itu dilakukan oleh orang tengah yang berurusan dengan pegawai pengeluar lesen senjata api di pejabat daerah,” katanya.

    Tambahnya lagi, sebanyak 82 kertas siasatan dibuka di daerah Sibu di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960 bersabit tangkapan dan rampasan senjata api dan amunisi serta dokumen berkaitan ‘Ops Siaw Loong. Katanya, hasil daripada keterangan individu yang ditangkap, empat kertas siasatan Induk juga dibuka di bawah Seksyen 7 Akta Senjata (Penalti Lebih Berat) 1971.

    “Hasil siasatan yang dijalankan pada 26 September 2006, Timbalan Pendakwa Raya dari pejabat Jabatan Peguam Negara Malaysia di Kuching, Mahmud Abdullah telah memutuskan kesemua individu yang ditangkap bersabit 82 kertas siasatan yang dibuka di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960 tidak dikenakan tindakan undang-undang dan dibebaskan tanpa syarat.

    “Timbalan Pendakwa Raya juga bersetuju bahawa orang tengah dan pegawai perlesenan daerah Sibu yang terlibat dalam empat kertas siasatan induk tersebut dikenakan ISA dan kesemuanya telah dibuang daerah selama tempoh tiga tahun” ujarnya. Oleh itu katanya, kesemua senjata api, amunisi dan lesen senjata api yang dirampas itu mesti dilupuskan.

    Hadir sama, Majistret Mahkamah Sibu, Sharifah Fatimah Azura Wan Ali, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah DSP Hadian Keria, pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...