More
    Home Tanjung Datu bakal nikmati bekalan air bersih selepas siapnya projek SAWAS

    Tanjung Datu bakal nikmati bekalan air bersih selepas siapnya projek SAWAS

    LUNDU, 03 OKTOBER 2020 (SNN) : Rakyat Tanjung Datu bakal menikmati bekalan air bersih selepas siapnya projek SAWAS yang bernilai RM3.5 juta itu siap kelak.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Datuk Amar Jamilah Anu berkata, projek yang disalurkan melalui Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) itu akan dibina untuk kawasan Kampung Kangka, Temelan Dayak dan Belungei Lundu.

    “Pelaksanaan SAWAS ini merupakan usaha kearah mencapai visi Sarawak iaitu menyalurkan 100% bekalan air bersih menjelang tahun 2025.

    “Siapnya projek ini kelak akan dapat menyalurkan bekalan air bersih ke kawasan terpencil dan belum lagi menerima air bersih dan selamat diminum,” katanya ketika melakukan lawatan ke tapak projek SAWAS di kampung-kampung tersebut pada Khamis.

    Datuk Amar Jamilah Anu melihat pelan perancangan pembinaan projek SAWAS

    Turut hadir sama, Penolong Jurutera Daerah Lundu, Awang Mohd Hafizie Awang Padil, dan Pegawai Tadbir, Unit Pembangunan dan Teknologi, Pejabat Daerah Lundu.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    MINTRED Perkukuh Sokongan Usahawan Sarawak, Sertai MYFOOD Expo 2026

    0
    MINTRED telah membantu 59,900 usahawan tempatan di Sarawak melalui pelbagai bantuan keusahawanan dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM220 juta. MINTRED buat julung kalinya...