Buruh maut motosikal rempuh lori di Saratok

0
152
Motosikal mangsa hancur selepas merempuh sebuah lori dari arah bertentangan

SARATOK, 07 OGOS 2020 (SNN) : Seorang buruh maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 91 Jalan Sarikei-Betong pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mordani Tanin berkata, mangsa Yeong Chien, 54 tahun, beralamat di Rumah Angel, Kedoh Ulu, Seblak Roban.

“Mangsa dikatakan sedang menunggang motosikal menuju ke Sarikei sekitar jam 5.15 petang sebelum hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori dari arah bertentangan,” jelasnya.

“Impak daripada pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik yang tiba dilokasi,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Saratok untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here