More
    Home Naik taraf Jalan Tan Sri Abang Ikhwan Zaini untuk keselesaan penduduk sekitar

    Naik taraf Jalan Tan Sri Abang Ikhwan Zaini untuk keselesaan penduduk sekitar

    KUCHING, 07 OGOS 2020 (SNN) : Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan dana sebanyak RM5.2 juta bagi projek naik taraf Jalan Tan Sri Abang Ikhwan Zaini yang ketika ini sering berlaku kesesakan disebabkan peningkatan jumlah kenderaan menggunakan jalan itu.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, projek ini akan dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan melibatkan pembinaan jalan berkembar empat lorong.

    “Sekarang ini kita sering mengalami kesesakan lalu lintas disebabkan hanya ada dua lorong sahaja maka Kerajaan Sarawak telahpun meluluskan peruntukan sebanyak RM5.2 juta bagi menaik taraf jalan tersebut sekaligus mengubah landskap kawasan Kampung Semerah Padi,” katanya.

    Beliau yang juga merupakan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Neger-Persekutuan dan Pemantauan Projek berkata, pelaksanaan projek ini tidak akan melibatkan pengambilan mana-mana tanah individu.

    “Kita besarkan jalan raya menjadi empat lorong dengan dua lorong setiap laluan,” katanya semasa melakukan upacara Pecah Tanah dan Penyerahan Projek Pembesaran Jalan Tan Sri Abang Ikhwan Zaini pada Khamis.

    Datuk Sharifah hadir dalam upacara Pecah Tanah pada Khamis

    “Bagaimanapun, pelaksanaan projek ini nanti akan memberi kesan kepada penjaja-penjaja di sepanjang jalan namun mereka bersetuju untuk dipindahkan ke kawasan yang lebih selesa,” jelasnya lagi.

    Datuk Sharifah turut meminta orang ramai yang kerap menggunakan jalan itu untuk bersabar dan mencari jalan alternatif bagi mengelak berlakunya kesesakan.-Sumber Ukas. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Rugi hampir RM20 juta, MUT Sarawak lancar Kempen Banteras Vandalisme Kemudahan...

    0
    KUCHING, 26 APRIL 2024 (SNN): Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) bakal melancarkan Kempen Banteras Vandalisme secara besar-besaran dalam usaha memerangi perbuatan tidak bertanggungjawab...