18 Kawasan Di Seluruh Sarawak Terlibat Dalam Projek SAWAS

0
363
Bekalan air SAWAS ini dibekalkan secara percuma dengan kos pembinaan Projek SAWAS yang bernilai lebih kurang RM4.6 juta di Kampung Belantak ini dibiayai sepenuhnya Kerajaan Sarawak.

Limbang, 19 Disember 2019 (SNN) : Sejak awal tahun 2017 dan pertengahan tahun 2017 Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti terutamanya Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) telah pun mengenal pasti beberapa kawasan di luar bandar dan pedalaman yang masih belum mempunyai bekalan air bersih.

Menurut Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr Hj Abdul Rahman Junaidi adalah penting untuk Kementerian Utiliti dan JBALB menyediakan air bersih kepada penempatan-penempatan tersebut bagi memenuhi keperluan asas penduduk. 

“Sebanyak 18 kawasan di seluruh Sarawak dari Sri Aman sehingga ke Limbang telah pun dikenal pasti untuk dimulakan dengan satu Program Bekalan Air Bersih secara tersendiri (stand-alone project).

“Kesemua 18 projek ini dimasukkan ke dalam Pakej Pertama Projek SAWAS dengan salah satunya ialah di Kampung Belantak ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam Lawatan Kerja Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) dan Program Kesedaran dan Pendidikan Sistem Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) anjuran Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak Kampung Belantak Limbang baru-baru ini.

Bekalan air SAWAS ini dibekalkan secara percuma dengan kos pembinaan Projek SAWAS yang bernilai lebih kurang RM4.6 juta di Kampung Belantak ini dibiayai sepenuhnya Kerajaan Sarawak. Projek ini yang bermula pada penghujung tahun 2017 dan telah siap pada penghujung tahun 2018 dan mula digunakan pada Disember 2018.

Tambah Dr Abdul Rahman lagi, Kementerian Utiliti dan JBALB telah diberikan KPI selama dua tahun dari 2020 hingga 2021 melaksanakan 56 Projek SAWAS ini. 

“Kita berusaha untuk memastikan 56 Projek SAWAS ini dapat  disiapkan sekaligus meningkatkan dari segi rancangan Kerajaan Sarawak untuk memastikan semua penempatan kita di Sarawak ini dari Utara di Lawas sampai Selatan di Teluk Melano ke Kapit dibekalkan dengan air bersih 100 peratus menjelang tahun 2025,” tambahnya. 

Secara keseluruhan di seluruh negeri, 81.4 peratus di mana kita ada 18 peratus jumlah isi rumah yang hendak dibekalkan dengan air bersih, manakala, untuk kawasan luar bandar setakat 62.4 peratus yang mana ada 37 peratus lagi kawasan yang akan dibekalkan dalam tempoh 5 tahun akan datang. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here