More
    Home Buat ujian saringan Covid-19 sebelum hadirPersidangan DUN

    Buat ujian saringan Covid-19 sebelum hadirPersidangan DUN

    KUCHING, 07 NOVEMBER 2020 (SNN) : Bagi mengekang penularan wabak Covid-19 lebih-lebih lagi ketika Daerah Kuching dikategorikan sebagai zon merah langkah-langkah untuk melaksanakan ujian saringan keatas setiap Ahli Yang Behormat sebelum menghadiri persidangan DUN perlu dilakukan bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

    Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mula melaksanakan ujian ke atas setiap Ahli Yang Behormat, Anggota Kabinet, dan petugas pada awal pagi semalam secara pandu lalu di bangunan DUN Kuching sehingga bermula persidangan kelak.

    Turut tidak terkecuali Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta Timbalan Speaker dilihat melakukan ujian saringan bagi memastikan bebas daripada jangkitan Covid-19.

    Speaker DUN Sarawak turut melakukan ujian saringan Covid-19

    Dalam masa yang sama, satu taklimat ringkas turut dilaksanakan yang turut dihadiri oleh pihak media bagi memberi penjelasan terhadap persediaan menghadiri persidangan DUN kelak.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan terus pastikan rakyat memiliki rumah selesa melalui PPRMS

    0
    LAWAS, 24 JANUARI 2021 (SNN) : Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sejak dulu akan terus dilaksanakan dalam...