More
    Home Sarawak Limbang Cucuk mata buaya, selamatkan diri dibaham buaya

    Cucuk mata buaya, selamatkan diri dibaham buaya

    LAWAS, 07 NOVEMBER 2020 (SNN) : Tindakan berani seorang warga Indonesia dengan menyucuk mata binatang buas tersebut berjaya meloloskan diri daripada menjadi mangsa sang bedal.

    Ketua Polis Lawas DSP Roslan Leman berkata, ketika kejadian itu berlaku mangsa, Sulu Maralang, 46, sedang mengait buah kelapa sawit sebelum diserang oleh buaya yang tiba-tiba muncul dalam parit.

    “Kejadian pada jam 10.40 pagi Rabu di Ladang Kris Jati, Trusan itu menyaksikan detik cemas apabila mangsa bertindak membalas untuk menyelamatkan diri daripada diseret ke dalam parit dengan menyucuk bahagian mata buaya berkenaan.

    “Mangsa berjaya meloloskan diri dengan terdapat luka parah dibahagian paha sbeelum meminta bantuan daripada rakan sekerja yang berhampiran kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

    Mangsa cedera pada paha kiri akibat disambar buaya

    Ujarnya, mangsa telah diberi bantuan pertolongan kecemasan sementara oleh pembantu perubatan ladang sebelum dirujuk ke Hospital Lawas untuk rawatan sepenuhnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Naiktaraf sistem pengairan dan saliran elak berlaku banjir- ADUN Demak Laut

    0
    KUCHING, 22 JANUARI 2021 (SNN) : Sistem pengairan dan saliran di kawasan kampung perlu dititik berat ekoran bagi mengelak berlakunya masalah banjir atau limpahan...