More
    Home Sarawak Sarikei Amalan membaca perlu dipupuk dalam kalangan masayarakat

    Amalan membaca perlu dipupuk dalam kalangan masayarakat

    BINTANGOR, 06 NOVEMBER 2020 (SNN) : Setiap lapisan masyarakat perlu memupuk sikap dan budaya membaca terutama kepada kanak-kanak bagi melahirkan generasi berilmu.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintangor berkata, ibu-bapa merupakan pendidik utama untuk menerapkan budaya membaca terhadap anak-anak mereka agar tidak terlalu bergantung dengan teknologi gajet yang sukar dikawal.

    “Sering dengan pelaksanaan Digital Ekonomi oleh Ketua Menteri Sarawak, ibu-bapa perlu bijak mengaplikasikan gajet kepada anak-anak sebagai bentuk medium pembelajaran supaya penggunaan gajet tidak disalahgunakan,” ujarnya ketika hadir semasa Program Penyerahan Kit dan Bengkel Reading Seeds di Perpustakaan Awam Bintangor pada Khamis.

    Anjuran program yang dilaksanakan dengan kerjasama pihak pustakawan Perpustakaan Awam Bintangor

    Ujarnya, setiap lapisan masyarakat perlu menghidupkan budaya membaca bukan sahaja meningkatkan generasi celik ilmu malah sebagai pengetahuan terhadap maklumat-maklumat yang penting.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    0
    KOTA SAMARAHAN, 15 JANUARI 2021 (SNN) : Prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah, Samarahan...