Breaking News … Anjing gila serang Kampung Gersik

0
628
Wan Mohamad, mangsa anjing gila

KUCHING, 20 MAC 2019 (SNN) – Seekor anjing yang disyaki mengidap penyakit anjing gila telah menyerang seorang lelaki di Kampung Gersik pagi tadi. Mengikut sumber laporan anjing berwarna hitam itu telah menyerang Wan Mohamad bin Wan Nawi ketika sedang menuju Surau Hidayatul Rahman, Kampung Gersik kira-kira jam 5:30 pagi. Anjing tersebut telah menggigit muka Wan Mohamad. Beliau telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak oleh menantunya sendiri.

Penyakit anjing gila hampir dua tahun menjadi wabak di seluruh negeri Sarawak. Negeri Sarawak dan Kementerian Kesihatan Malaysia nampak gagal menangani wabak yang merbahaya ini. Kini kampung Melayu yang tidak ada anjing telah menjadi tumpuan anjing-anjing ini seperti di Matang dan Kampung Gersik. Penduduk kampung bimbang keselamatan mereka terancam, khususnya orang tua dan kanak-kanak. Mereka menggesa Kerajaan Negeri Sarawak bertindak dengan profesional dan tegas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here