More
    Home Sarawak Sarikei Bina dewan sekolah baharu- Kerajaan Sarawak prihatin keperluan sektor pendidikan

    Bina dewan sekolah baharu- Kerajaan Sarawak prihatin keperluan sektor pendidikan

    JULAU, 11 OGOS 2020 (SNN) : Projek pembinaan dewan sekolah baharu di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Luau buktikan kerajaan Sarawak komited untuk meningkat kualiti dan memenuhi keperluan sekolah terutama di kawasan luar bandar.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin berkata, beliau telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021 untuk menaiktaraf dewan sekolah tersebut semasa menyambut Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Nanga Luau pada Isnin.

    Pada masa yang sama, beliau turut menyerahkan geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut untuk menjayakan aktiviti persatuan.

    “Pihaknya sentiasa menyokong dan memberi perhatian kepada perkembangan semasa pendidikan di DUN Meluan,” katanya lagi.

    ADUN Meluan hadir dalam majlis sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah pada Isnin

    Dalam pada itu, Roland Duat turut mengajak masyarakat serta warga sekolah untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri masing-masing.-Sumber Ukas. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...