37 titik panas dikesan potensi jerebu di Sarawak

0
103
Sarawak dijangka dilanda jerebu ekoran 37 titik panas dikesan di Kalimantan

KUCHING, 11 OGOS 2020 (SNN) : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini dalam satu kenyataan memberitahu terdapat 37 titik panas dikesan di Kepulauan Borneo yang berpotensi menyebabkan jerebu di Sarawak.

Pengerusinya Datuk Amar Douglas Unggah Embas berkata, maklumat yang diterima daripada Asean Specialised Meteorological Centre (ASMC) pada 8 Ogos 2020, berlaku peningkatan jumlah titik panas dan paling ketara berada di selatan dan barat Kalimantan, Indonesia.

“Keadaan arah angin dari Barat Daya untuk tempoh beberapa hari ini akan mempengaruhi kualiti udara di sekitar Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong,” jelasnya.

Keadaan ini akan bertambah buruk jika pembakaran terbuka tidak dikawal dan boleh meningkatkan Indek Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan di Sarawak.

Sehubungan itu, JPBN Sarawak menasihati agar semua pihak elakkan daripada melakukan aktiviti pembakaran terbuka dalam tempoh ini. Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here