More
    Home Sarawak Samarahan Penduduk Kampung Sebangan bakal miliki masjid baharu

    Penduduk Kampung Sebangan bakal miliki masjid baharu

    SEBUYAU, 11 OGOS 2020 (SNN) : Penduduk Kampung Sebangan, Sebuyau bakal memiliki masjid baharu menggantikan yang sedia ada bagi menampung jumlah jemaah yang lebih ramai.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, projek pembinaan masjid itu dijangka siap pada tahun 2021 dan pihak kontraktor dari Syarikat Jaja Enterprise diberi tanggungjawab untuk menyiapkan projek tersebut.

    Majlis penyerahan projek tersebut juga telah disempurnakan oleh beliau yang turut merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau pada Isnin.

    Dalam pada itu, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Samarahan, Indra Sakti dalam taklimatnya berkata, masjid itu kelak bakal dapat menampung 1,000 jemaah masjid dalam satu masa.

    Datuk Julaihi hadir bagi menyempurnakan Majlis penyerahan projek kepada kontraktor dipilih

    Datuk Julaihi turut berharap kontraktor yang telah dipilih agar dapat melaksanakan projek tersebut dengan penuh tanggungjawab serta mengikuti perancangan yang ditetapkan.-Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...