More
    Home Sarawak Samarahan Pembinaan Jambatan Batang Lupar sudah dimulai, bukan ditangguhkan seperti yang ditularkan

    Pembinaan Jambatan Batang Lupar sudah dimulai, bukan ditangguhkan seperti yang ditularkan

    SEBUYAU, 21 FEBRUARI 2021 (SNN) : Pembinaan Jambatan Batang Lupar yang didakwa sesetengah pihak dengan menyatakan pembinaannya ditangguhkan oleh kerajaan Sarawak tular baru-baru ini adalah tidak benar sama sekali tegas Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak.

    Datuk Julaihi Narawi menjelaskan, kerajaan negeri hanya menangguhkan majlis pecah tanah yang sepatutnya diadakan pada 18 Februari lalu namun atas faktor keselamatan daripada penularan wabak covid-19 yang semakin meruncingkan kerajaan Sarawak memutuskan penangguhan tersebut ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

    “Projek jambatan tersebut tidak ditangguhkan, kerja-kerja pembinaan berjalan seperti biasa dan kontraktor yang dilantik ada ditapak pembinaan itu bagi menjalankan kerja pembinaan tidak seperti apa yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di laman sosial baru-baru ini.

    “Surat setuju terima projek telahpun dianugerahkan kepada kontraktor pada penghujung tahun lepas dan kerja pembinaannya telah bermula sejak 7 Janurai 2021,” jelas beliau ketika ditemui media dalam sidang media tinjauan ke tapak Projek Jambatan Batang Lupar semalam.

    Sekitar tinjauan ke tapak projek oleh YB Datuk Julaihi Narawi semalam dengan pihak JKR.

    Tambahnya, projek bernilai RM848 juta melibatkan skop pembinaan jalan dua lorong sehala dengan panjang keseluruhan 4.84 km itu dijangka siap pada Januari 2025.

    “Siapnya jambatan yang menghubungkan Sebuyau dengan Triso itu kelak akan menggantikan perkhidmatan feri sepenuhnya di laluan sungai tersebut,” tegasnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan negeri terus komited membangun dan menyediakan keperluan sekolah di Bahagian...

    0
    LIMBANG, 27 FEBRUARI 2021 (SNN) : Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus komited membangunkan dan memberi kemudahan ke atas...