More
    Home 10 Buah Masjid terima Anugerah Standard Penarafan Bintang Masjid Sarawak

    10 Buah Masjid terima Anugerah Standard Penarafan Bintang Masjid Sarawak

    Sibu, 12 April 2019 (SNN)- 10 buah masjid di Sarawak menerima Anugerah Standard Penarafan Bintang Masjid Sarawak hari ini. Majlis Penyampaian Anugerah Standard Penarafan Bintang Masjid Sarawak yang bertempat di Masjid An-Nur, Sibu tersebut disampaikan oleh YBhg. Datu Haji Misnu Bin Haji Taha, Yang Di Pertua Majlis Islam Sarawak .

    Senarai 10 buah masjid yang menerima Anugerah Standard Penarafan Bintang Masjid Sarawak tersebut adalah :

    1. Masjid An-Nur, Sibu
    2. Masjid Darul Ehsan, Piasau Jaya, Miri
    3. Masjid Setia Raja, Mukah
    4. Masjid Al-Muttaqin, Sarikei
    5. Masjid An-Naim, Kpg Pangkalan Lutong,Miri
    6. Masjid As-Syakirin, Bintulu 
    7. Masjid Darul Taqwa, Daerah Lundu
    8. Masjid Bahagian Serian
    9. Masjid As-Salam, Miri
    10. Masjid Besar Darul Ma’mur, Lawas

    Masjid An-Nur  Sibu  telah  dipilih sebagai penerima  Anugerah  Standard Penarafan  Masjid Sarawak  sebagai masjid pertama yang mendapat 5 Bintang  dalam  Standard  Penarafan  Bintang di seluruh Sarawak.

    Misnu yang menyampaikan anugerah ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid An-Nur Sibu, Latiff Coupon selepas sahaja selesai solat Jumaat.  Dalam kenyataannya selepas majlis tersebut, Misnu berharap semoga masjid-masjid akan lebih diimarahkan lagi dengan pelbagai aktiviti. Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBhg. Ustaz Haji Khalidi bin Haji Ibrahim, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak.


    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...