More
    Home Belia Di DUN Demak Laut Dipelawa Sertai Kelab 4x4 Demak Laut

    Belia Di DUN Demak Laut Dipelawa Sertai Kelab 4×4 Demak Laut

    KUCHING, 23 Disember 2019 (SNN) : Hujan lebat yang turun pada sebelah pagi tidak mematahkan semangat peserta Konvoi Kelab 4×4 Demak Laut ke Teluk Melano dalam aksi sulung kelab itu pada tahun ini.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni berkata inisiatif mewujudkan Kelab 4×4 Demak Laut ini didorong minat belia-belia dan juga mahu belia-belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut ini terlibat dalam aktiviti yang berfaedah.

    “Penubuhan Kelab 4×4 Demak Laut ini merupakan inisiatif daripada kalangan belia-belia yang mahukan satu kelab permotoran diwujudkan di kawasan DUN Demak Laut bagi menjalankan aktiviti riadah.

    “Kelab ini boleh menjadi platform terbaik kepada belia-belia di kawasan DUN Demak Laut untuk meluaskan pengetahuan dan kemahiran tentang kenderaan 4×4 ini sekaligus mencetus minat dalam aktiviti permotoran,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melepaskan peserta Konvoi Kelab 4×4 Demak Laut ke Teluk Melano di sini, semalam.

    Seramai 20 orang belia bersama 7 buah kenderaan 4×4 telah terlibat dalam Konvoi Kelab 4×4 Demak Laut ke Teluk Melano meskipun hujan lebat dan ianya sedikitpun tidak mematahkan semangat mereka untuk sampai ke destinasi.

    Turut serta Dr Haji Hazland dan isteri yang bersama peserta konvoi dalam memberi sokongan dan peransang kepada peserta Kelab 4×4 Demak Laut.

    Dr Haji Hazland yang juga Penaung Kelab 4×4 Demak Laut menyifatkan penganjuran program konvoi ini sebagai suatu yang amat baik untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan belia-belia di DUN Demak Laut.

    “Selain mengembara, peserta konvoi juga dapat meluaskan pengalaman dan pemandangan serta mengukuhkan perpaduan di kalangan mereka.

    “Ini sekaligus dapat membentuk jati diri dan semangat kerjasama dalam usaha memperkuatkan lagi belia-belia di kawasan DUN Demak Laut,” ujarnya.

    Sementara itu, bagi Presiden Kelab 4×4 Demak Laut Hassan Eli beliau berterima kasih kepada Dr Haji Hazland kerana bersetuju menjadi penaung kelab dan seterusnya merealisasikan cadangan belia di DUN Demak Laut untuk mewujudkan kelab permotoran.

    “Kepada belia yang mempunyai kenderaan 4×4 di kawasan DUN Demak Laut dan berminat menyertai Kelab 4×4 Demak Laut ini amatlah dialu-alukan.

    “Mereka yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 010-9779667.

    “Ini merupakan permulaan bagi aktiviti Kelab 4×4 Demak Laut yang baru sahaja ditubuhkan dan ianya akan diperbanyakkan lagi program dan aktiviti riadah pada tahun depan,” katanya.

    Seramai 20 orang belia bersama 7 buah kenderaan 4×4 telah terlibat dalam Konvoi Kelab 4×4 Demak Laut ke Teluk Melano
     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...