More
    Home Pelancaran OP Selamat 2019 Buka Kaunter Pengurangan 50% Saman

    Pelancaran OP Selamat 2019 Buka Kaunter Pengurangan 50% Saman

    Kuching, 20 Disember 2019 (SNN): Program Hari Bersama Pelanggan serta Pelancaran OP Selamat Perayaan Hari Krismas 2019 yang berlangsung di Dewan Siburan, Padawan baru-baru ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Ramli Bin Hj. Din yang mana turut dibuka kaunter semakan dan pembayaran saman trafik dengan pengurangan sehingga 50%.

    Objektif Program Hari Bersama Pelanggan ini adalah sebagai salah satu “Platform” PDRM dalam memberi ruang kepada orang ramai khususnya masyarakat setempat bagi bertemu sendiri dengan PDRM secara lebih terbuka dalam menyampaikan sebarang buah fikiran, pandangan dalam memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat terhadap perkhidmatan PDRM yang mana telah diadakan sesi soal jawab antara masyarakat yang hadir bersama PDRM.

    Program Hari Bersama Pelanggan ini juga dilihat salah satu usaha dan ikhtiar PDRM Kontinjen Sarawak dalam mendekati masyarakat sebagai langkah usaha memberikan perkhidmatan terbaik serta memastikan “Service Delivery” dipertingkatkan.

    Program Hari Bersama Pelanggan serta Pelancaran OP Selamat Perayaan Hari Krismas 2019 yang diadakan ini adalah hasil gabungan kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching dan Padawan.

    Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Ramli Bin Hj. Din berkata Hari Bersama Pelanggan ini akan dianjurkan di setiap daerah PDRM Kontinjen Sarawak mulai januari 2020 nanti yang mana setiap daerah yang menganjurkannnya akan diketuai oleh Ketua Polis Daerah masing-masing.

    Bagi Pelancaran OP Selamat Perayaan Hari Krismas 2019 pula, Op Selamat ini diadakan selama dua minggu mulai hari ini sehingga 01 Januari 2020 yang mana seramai 850 orang pegawai dan anggota PDRM di Sarawak telah ditempatkan di 56 kawasan yang dikategorikan kawasan “hotspot” yang mencatatkan statistik tinggi bagi kemalangan jalanraya dan jenayah sekitar.

    Beliau juga menyeru agar masyarakat supaya memberi kerjasama dalam menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan sentiasa berwaspada serta patuhi arahan PDRM dalam memastikan kemalangan jalanraya ini dapat dihindarkan.

    Hadir sama sempena Program Hari Bersama Pelanggan serta Pelancaran OP Selamat Perayaan Hari Krismas 2019 Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Dato’ Dev Kumar A/L M.M Sree, YBhg Dato’ Dr. Chai Khin Chung, Naib Pengerusi 1, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Sarawak, Barisan Ketua-Ketua Jabatan PDRM Kontinjen Sarawak, Ketua-Ketua Polis Daerah Kuching, Padawan dan Serian serta Encik Chung Chon Shin, Pengerusi Dewan Komuniti Siburan di mana program ini berlangsung.

    Program Hari Bersama Pelanggan serta Pelancaran OP Selamat Perayaan Hari Krismas 2019 yang diadakan ini adalah hasil gabungan kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching dan Padawan turut membuka kaunter semakan dan pembayaran saman trafik dengan pengurangan sehingga 50%.
     

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...