500 Penduduk Debak Sertai Gotong-Royong Perdana 2019

0
381
Mohamad Razi bersama peserta Program Gotong Royong Perdana Peringkat Daerah Kecil Debak 2019

DEBAK, 21 April 2019 (SNN)– Kira-kira 500 orang menyertai Program Gotong-Royong Perdana Peringkat Daerah Kecil Debak 2019 yang telah berlangsung di sini semalam.

Program yang bermula dari pukul 7 pagi itu telah menarik kira-kira 500 orang peserta yang rata-rata terdiri dari penduduk Kampung Debak.  Ia merupakan program anjuran Pejabat Daerah Kecil Debak yang melibatkan keseluruhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Kecil Debak. 

Program tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.35 YB Mohamad Razi Sitam pada pukul 10 pagi bertempat di Pekarangan Terminal Bas Debak. Program sebegini telah banyak memberi kesan positif terutama sekali memberi kesedaran penduduk kampung betapa pentingnya bekerjasama mengamalkan kebersihan. Selain memupuk semangat kesatuan semua lapisan masyarakat, program gotong royong turut memberi peluang kepada barisan JKKK untuk merapatkan jurang di antara penduduk kampung dengan pemimpin tempatan.

Turut terlibat sama semasa program berkenaan ialah, Balai Bomba dan Penyelamat Betong, Angkatan Pertahanan Awam Betong, Jabatan Kesihatan Betong, Pejabat Residen Bahagian Betong, Pejabat Daerah Betong dan Anggota Rela Betong. Antara yang turut hadir adalah Pegawai Daerah Betong En Sofhi Jebal, SAO En Nazri Bin Hj Bujang Pegawai Daerah Kecil Debak, Temenggong Tn Hj Piee Bin Alwi, En Vincent Pegawai Bomba Betong, Pegawai Ketua Rela Betong, Kapitan En Chua, ketua-ketua kampung Debak,  tuai-tuai rumah Debak serta penduduk Debak.

Mohamad Razi turut sama membantu dalam aktiviti Gotong Royong Perdana Peringkat Daerah Kecil Debak 2019

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here