More
    Home Pembanci mainkan peranan penting untuk pembangunan di setiap daerah

    Pembanci mainkan peranan penting untuk pembangunan di setiap daerah

    BAU, 02 OKTOBER 2020 (SNN) : Pembanci yang telah dilantik bagi kawasan Bau merupakan tulang belakang kepada daerah Bau selain melakukan tugasan membanci bagi Jabatan Perangkaan Malaysia.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berkata, seramai 25 orang penyelia dan 150 orang pembanci telah dilantik bagi melaksanakan pembancian Banci 2020 di daerah ini.

    “Tugas pembanci selain daripada mengumpulkan data dan maklumat penduduk di daerah Bau mereka juga turut diminta melakukan kajian berhubung aspek pembangunan di setiap-setiap kampung.

    “Pembanci yang menghantar laporan yang berkualiti akan dapat digunapakai bagi membangunkan daerah ini kepada yang lebih baik di masa akan datang, dan saya bersedia memberikan elaun tambahan di atas sumbangan laporan itu,” katanya semasa Taklimat Banci 2020 kepada pembanci di Dewan Suarah Bau, hari ini.

    Ujarnya, neliau berharap masyarakat setempat memberikan kerjasama kepada para pembanci dalam memastikan maklumat berkaitan penduduk dan keluarga dikumpul adalah sahih dan tepat.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...