Dr Hazland Perkenalkan Jaringan Pintar Dengan NGO’s Dalam Memperkenalkan Produk Baru Dan Membimbing Masyarakat Di DUN Demak Laut

0
105
Dr Hazland telah menyampaikan sumbangan peruntukan berjumlah RM30,000 kepada 6 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) dan persatuan di Pusat Khidmat DUN Demak Laut di sini.

KUCHING, 13 Julai 2019 (SNN)- Satu jaringan pintar melibatkan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) akan diadakan bagi membimbing NGO dan masyarakat di kawasan DUN Demak Laut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata menerusi jaringan ini NGO’s dan masyarakat di DUN Demak Laut akan memperoleh manfaat seperti diperkenalkan produk baru dan membimbing dalam pembentukan sahsiah dan rohani.

“Kita di DUN Demak Laut berharap jaringan pintar yang akan diwujudkan bersama dengan NGO’s yang ada nama ini dan dapat direalisasikan demi pembangunan masyarakat DUN Demak Laut.

“Peluang ini harus diwujudkan dalam usaha kita memastikan setiap masyarakat di Demak Laut ini mendapat manfaat hasil daripada pembangunan NGO’s yang semestinya memerlukan sokongan daripada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan sumbangan kepada 6 NGO’s di Pusat Khidmat DUN Demak Laut di sini, semalam.

Dalam majlis ringkas itu, Dr Hazland telah menyampaikan sumbangan peruntukan berjumlah RM30,000 kepada 6 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) dan persatuan.

Antara penerimanya ialah Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Kelab Kakitangan Pejabat Residen Kuching, Kelab Tarian Zdance, Harakah Islamiah (HIKMAH), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bako Hijrah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Bako Hijrah.

Dr Hazland menambah, agar peruntukan ini dapat membantu NGO’s dan persatuan dalam menjayakan aktiviti masing-masing.

“Gunakan sebaiknya peruntukan ini mengikut perancangan dan diharap ianya memberikan kesejahteraan dan kemajuan kepada NGO’s dan persatuan masing-masing.

“Saya percaya setiap NGO’s dan persatuan telah mempunyai perancangan masing-masing dan saya doakan ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya,” tambahnya.

Dr Hazland semasa bersama mengadakan perbincangan berhubung jaringan pintar yang akan diwujudkan bersama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) demi pembangunan masyarakat DUN Demak Laut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here