More
    Home ‘Baitulmal Kamek’- Portal Khidmat Pelanggan Terbaru Tabung Baitulmal Sarawak

    ‘Baitulmal Kamek’- Portal Khidmat Pelanggan Terbaru Tabung Baitulmal Sarawak

    Kuching, 03 Mei 2019 (SNN)- Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) melancarkan portal Khidmat Pelanggan yang terbaru dikenali sebagai ‘Baitulmal Kamek’. Pelancaran rasmi portal tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datu Haji Misnu Bin Haji Taha, Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak (MIS) bertempat di Dewan Saidina Umar Al-Khattab, Ibu Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak, TBS SQUARE Batu Kawa.

    ‘Baitulmal Kamek’ merupakan portal khidmat pelanggan terbaru Tabung Baitulmal Sarawak bagi mempertingkatkan lagi kualiti sistem penyampaian serta memudahkan umat Islam mengemukakan permohonan secara atas talian (online). Inisiatif mewujudkan portal tersebut merupakan salah satu kaedah bagi menyalurkan agihan zakat kepada Asnaf, di mana pihak Tabung Baitulmal Sarawak telah menyediakan 3 Program Utama iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Kelimuan, Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Membangunkan Institusi Islam.

    Antara kemudahan menggunakan portal tersebut ialah memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang produk bantuan yang boleh dipohon oleh Asnaf, iaitu mereka yang layak menerima bantuan yang disediakan. Melalui portal ‘Baitulmal Kamek’, juga pemohon boleh memohon bantuan secara atas talian untuk mana-mana bantuan yang hendak dipohon.

    Walau bagaimanapun, pada peringkat awal pelancaran portal tersebut sebahagian bantuan boleh dipohon melalui atas talian, manakala sebahagian lagi boleh dipohon dengan berkunjung ke kaunter-kaunter TBS yang berdekatan.

    Laman web portal bagi mendapatkan perkhidmatan ini adalah https://pelanggan.tbs.org.my

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan dinaikkan kepada 1,500 MW secara...

    0
    BINTULU, 17 APRIL 2024: Bekalan tenaga elektrik di Bintulu akan ditingkatkan kepada sebanyak 1,500 megawatt secara berperingkat menjelang 2028. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri...