More
    Home Sarawak Samarahan Kemudahan Jalan dan Air di Samarahan Dinaiktaraf

    Kemudahan Jalan dan Air di Samarahan Dinaiktaraf

    KUCHING, 03 Mei 2019 (SNN)- Kemudahan jalan dan air di Samarahan akan dinaiktaraf. Kerja-kerja menaik taraf sepanjang Jalan Datuk Mohamad Musa hingga ke Bulatan G3 Samarahan dijangka bermula pada penghujung Ogos ini. Menurut Menteri Muda Jalan Pesisir, Datuk Julaihi Narawi, projek ini menelan kos sebanyak RM228.4 juta dan akan bermula pada hujung bulan Ogos ini dengan kerja-kerja menaik taraf seperti membina jalan berkembar empat lorong sepanjang 10.7 kilometer, pembinaan dua buah jejantas pejalan kaki, dan pemasangan lampu jalan di sepanjang jalan tersebut.

    Jelasnya lagi, tiga buah jambatan baru akan dibina manakala dua buah jambatan yang sedia ada akan diganti dengan jambatan yang baharu. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Dato Sri Mohamad Ali Mahmud pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-18 di Kuching hari ini. Tambahnya, projek ini juga di antara projek yang berimpak tinggi yang memakan masa selama tiga tahun untuk disiapkan dan diharap dapat menyelesaikan masalah lalu lintas di sepanjang kawasan tersebut. Walaubagaimanapun tegasnya, projek ini masih lagi di peringkat reka bentuk terperinci dan akan dilaksanakan seperti yang dijanjikan.

    Dalam perkembangan yang sama berkaitan pembangunan di Samarahan, sebanyak 11 projek merangkumi kerja peningkatan sistem bekalan air di Bahagian Samarahan akan dilaksanakan. Menurut, Menteri Muda Utiliti Datuk Liwan Lagang berkata, empat projek daripada 11 tender telah siap manakala tujuh projek masih dalam peringkat pembinaan.

    Jelasnya, projek yang selainnya akan ditender dalam tahun ini dan kesemua projek dalam Program Projek Rakyat untuk Bahagian Samarahan dijangka siap pada penghujung tahun 2020. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo.

    Dalam pada itu berhubung dengan skop kerja jangka pendek yang akan dijalankan, beliau menambah ia merangkumi membaik pulih loji rawatan yang sedia ada. Manakala bagi skop jangka masa panjang pula katanya, ianya merangkumi menambah bilangan stesen pam penggalak dan tangki aras tinggi serta menggantikan paip yang uzur bagi mengelakkan ia tidak tersekat dan mudah pecah.Beliau juga mendedahkan kos keseluruhan bagi melaksanakan projek rakyat tersebut berjumlah RM414,660 juta yang akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

    Sekitar penghantaran bekalan air bersih ke Kawasan DUN N25 Simunjan iaitu Kampung Rangkang dan Kampung Tanjung Klaso oleh “First Response Team” dari DUN N16 Muara Tuang, Samarahan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...