More
    Home Sarawak Bintulu AP Bintulu hulur bantuan kepada mangsa kebakaran SK Sebauh

    AP Bintulu hulur bantuan kepada mangsa kebakaran SK Sebauh

    BINTULU, 06 OGOS 2020 : Ahli Parlimen Bintulu (AP) Datuk Seri Tiong King Sing pada Rabu telah menghulurkan bantuan kilat berupa tilam, bantal dan selimut kepada murid dan keluarga pembantu pengurusan murid Sekolah Kebangsaan Sebauh yang hilang tempat tinggal selepas blok asrama dua tingkat, blok pra sekolah dan kediaman pembantu murid musnah dalam satu kebakaran.

    Bantuan itu telah disampaikan oleh Pegawai Khasnya Steven Kong dalam satu majlis ringkas pada Rabu.

    Ketika ditemui, pembantu murid SK Sebauh Ruduan Ahim berkata, beliau redha dengan kejadian yang menimpa mereka selepas melihat kediaman yang dihuninya sejak tujuh tahun lalu musnah sekelip mata dan tinggal sehelai sepinggan.

    “Walau bagaimanapun, syukur tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dengan semua pelajar terselamat,”katanya.

    Keadaan bangunan yang musnah dalam kebakaran semalam.

    Terdahulu, satu kejadian kebakaran telah berlaku kira-kira pada jam 7 pagi pada Rabu melibatkan satu blok asrama dua tingkat, blok pra sekolah dan kediaman pembantu murid SK Sebauh. Kebakaran itu memusnahkan sepenuhnya kesemua blok yang terlibat dan impak dari itu menyebabkan 12 pelajar sekolah dan pembantu murid hilang tempat berteduh.-Sumber Ukas. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...