Nahas motosikal isteri maut dilanggar kereta

0
121
Kemalangan melibatkan sebuah motosikal, isteri maut manakala suami dan anak selamat

PADAWAN, 06 OGOS 2020 (SNN) : Seorang wanita dipercayai maut selepas terlibat dalam satu kemalangan kendiri selepas motosikal yang dibonceng bersama suami dan anaknya hilang kawalan di Jalan Matang Batu 5, berhampiran Institut Memandu Cangiran di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan itu dilaporkan berlaku sekitar jam 12.20 tengah hari semalam.

Mangsa yang berasal dari Kampung Segong Singgai, Bau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala suami dan anak tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Semasa bergerak di Jalan berkenaan, dikatakan motosikal yang ditunggang suami mangsa tiba-tiba hilang kawalan menyebabkan mangsa jatuh ke atas jalan raya lalu terkena dua buah kenderaan yang bergerak di arah yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here