Air Kelapa Pandan Tarikan Terbaru Kampung Semilang

0
674
Dr Hazland bergambar bersama peserta kursus selepas menyampaikan sijil kepada peserta Kursus Digital Ekonomi dan Asas Keusahawanan di Pusat Internet Kampung Bako Lot

KUCHING, 03 September 2019 (SNN)– Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Yang Berhormat Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni mahu melihat penduduk yang berada di Kampung Semilang termasuk Kampung Beradek dan Tiang Api mempunyai produk yang boleh diketengahkan untuk dipasarkan.

Katanya, setiap kampung perlu mempunyai produk yang berasal dari kampung itu supaya bukan sahaja menjana ekonomi penduduk, tetapi juga menaikkan nama kampung.

“Jika sebelum ini, saya pernah mengesyorkan penduduk di Kampung Beradek memperkenalkan penyediaan perkhidmatan ‘Homestay’, bagi Kampung Semilang pula saya syorkan perusahaan air kelapa pandan.

“Dilihat dari potensi, banyak tanah di Kampung Semilang menanam pokok kelapa pandan dan ini boleh dijadikan suatu peluang perniagaan.

“Permintaan air kelapa pandan ini tinggi terutama ketika musim panas dan musim perayaan seperti bulan Ramadan. Jika permintaan buah kelapa pandan ini boleh dipenuhi, pasti ia mampu menjana pendapatan selain memperkenalkan Kampung Semilang sebagai pengeluar buah kelapa pandan berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan taklimat kepada pada Kursus Digital Ekonomi dan Asas Keusahawanan yang dihadiri wanita dari Kampung Semilang di Pusat Internet Kampung Bako Lot, baru-baru ini.

Dalam pada itu Dr Hazland turut meminta penduduk menjenamakan nama produk itu dengan nama yang ringkas dan mudah diingati.

“Jika kita namakan Air Kelapa Pandan Kampung Semilang pastinya akan melekat kerana nama itu unik dan mudah untuk diingati.

“Penduduk juga boleh mempelbagaikan nama air kelapa pandan ini dengan apa jua nama, tetapi perlu mengekalkan nama ‘Air Kelapa Pandan’ yang merupakan tarikan kepada produk itu.

“Ini kerana kelapa pandan ini sukar diperolehi dan mempunyai rasa air yang enak bagi menghilangkan rasa dahaga,” ujarnya.

Dr Hazland semasa berkongsi nasihat kepada peserta kursus
Antara sebahagian peserta Kursus Digital Ekonomi dan Asas Keusahawanan yang dihadiri golongan wanita dari Kampung Semilang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here