More
    Home Abang Johari tolak dasar Maqasid Syariah Kerajaan Pakatan Harapan

    Abang Johari tolak dasar Maqasid Syariah Kerajaan Pakatan Harapan

    Kuching, 29 Ogos 2019 (SNN) – Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr.) Hj. Abang Johari bin Tun Hj. Abang Openg menolak dasar Maqasid Syariah Kerajaan Pakatan Harapan. Beliau telah menyatakan pendirian Kerajaan Sarawak itu di Majlis Penutupan Rasmi Wacana Eksekutif Maqasid Syariah Peringkat Negeri Sarawak. Beliau menegaskan Negeri Sarawak menggunakan Piagam Madinah sebagai tonggak pengurusan kepimpinan Muslim dan pentadbrian agama Islam.

    1. Dasar Baharu

    Terdahulu dari itu, Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) telah menyampaikan ucaptama menerangkan Kerajaan PH telah menggubal dasar baharu untuk mentadbir dan menguruskan agama Islam yang diberi nama Maqasid Syariah. Kata beliau dasar ini adalah dalam kerangka prinsip “Rahmatan Lil “Alamin”.

    Turut hadir adalah Datu Hj. Misnu bin Taha, Yang Dipertua Majlis Ilsam; YB Dr. Abdul Rahman bin Junaidi, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Agama, Kemudahan Awam); Datu Hj. Kipli bin Hj. Yassin, Mufti Negeri Sarawak.

    Seramai kurang lebih 400 orang telah menyertai wacana ini yang diadakan di Dewan Maj’ma, Kompleks Islam Baitulmal, Jalan P. Ramlee, Kuching. Para peserta terdiri dari tokoh-tokoh masyarakat, ketua jabatan, ketua kaum dan orang ramai. Wacana ini telah diisi dengan dua ceramah yang disampaikan oleh Datu Hj. Kipli bin Hj. Yassin, Mufti Negeri Sarawak dan Ustazah Nor Safina binti Zainal, Pengarah Maqasid Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bantuan dan baikpulih kerosakan di Bau akan disegerakan-ADUN Tasik Biru

    0
    BAU, 16 JANUARI 2021 (SNN) : Daerah Bau antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir sejak hujan turun tidak berhenti pada Rabu lalu sehingga...