More
    Home Sarawak Betong Empat Jeti Baru Dibina Di Kabong Di Bawah Projek RTP 2019

    Empat Jeti Baru Dibina Di Kabong Di Bawah Projek RTP 2019

    SARATOK , 29 Ogos 2019 (SNN)- Empat jeti baru akan dibina di Kabong di bawah Projek RTP 2019. Perkara ini dimaklumkan oleh Pegawai Tugas Khas kepada ADUN N.40 Kabong, Encik Nur Elffi Bin Amir hari ini selepas menghadiri mesyuarat “Kick Off” Rural Transformation Projects (RTP) DUN N38 Kalaka dan DUN N40 Kabong Bil.2/2019 bertempat di Bilik Mesyuarat JKR Daerah Saratok  pada jam 2.30 petang.

    RTP yang diperkenalkan mantan Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem pada 2014 pada mulanya hanya diberikan kepada ADUN bagaimanapun bermula tahun 2018 ia diperluaskan kepada Ahli Parlimen selepas Kerajaan Persekutuan diambil alih Pakatan Harapan (PH) ekoran kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14.

    Bermula tahun 2018, Ahli Parlimen GPS diperuntukan RM5 juta jumlah yang sama diberikan kepada ADUN GPS. Selain itu Ahli Parlimen GPS mendapat peruntukan RM200,000 setahun daripada kerajaan negeri bagi mengurus pusat khidmat masing-masing.

    RTP dilaksanakan selaras dengan dasar kerajaan untuk memberi fokus kepada transformasi pembangunan luar bandar, dan di Sarawak RTP merupakan usaha kerajaan negeri untuk mempercepatkan pelaksanaan projek-projek infrastruktur luar bandar menggunakan dana sendiri.

    Nur Elffi Bin Amir hari ini menghadiri mesyuarat “Kick Off” Rural Transformation Projects (RTP) DUN N38 Kalaka dan DUN N40 Kabong Bil.2/2019 bertempat di Bilik Mesyuarat JKR Daerah Saratok

    Antara jenis-jenis projek yang dilaksanakan di bawah RTP ialah bina baru dan naik taraf jalan raya, jambatan, perparitan, naik taraf dan baik pulih sekolah dan klinik kesihatan, kemudahan sukan seperti padang futsal, gelanggang, mini stadium serta bina baru dan naik taraf rumah-rumah ibadat.

    Setiap Projek RTP ini akan dilaksanakan oleh agensi pelaksana yang terdiri daripada jabatan dan agensi Kerajaan Sarawak yang terdiri daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-Badan Berkanun di Sarawak.

    Menurut makluman daripada Nur Elffi, untuk kawasan DUN N.40 Kabong, sesi ini terdapat empat Projek RTP 2019 yang akan dilaksanakan yang mana memperuntukkan jumlah sebanyak RM1,050,000. Pada majlis ini turut menyaksikan Nur Elffi  secara simboliknya menyerahkan projek berkenaan kepada kontraktor-kontraktor yang telah berjaya mendapat cabutan undi bagi menjalankan projek-projek berkenaan. Antara projek tersebut ialah :

    1. Bina Baru Jeti Konkrit Kampung Hulu Kabong, 
    2. Bina Baru Jeti Konkrit Kampung Hilir Laut Kabong,
    3. Bina Baru Jeti Konkrit Nelayan Kampung Gerigat Kabong (Fasa 2),
    4. Bina Baru Jeti Konkrit Kampung Lintang Kabong. 

    Salah seorang kontraktor yang berjaya dalam cabutan undi secara simboliknya menerima projek daripada Nur Elffi 
    Nur Elffi  secara simboliknya menyerahkan projek RTP 2019  kepada salah seorang kontraktor yang berjaya dalam cabutan undi

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...