Karnival Sukan Saberkas Pantai Damai Tampil Kelainan

0
139
Dr Abdul Rahman semasa mesyuarat mengenai Karnival Sukan Saberkas Cawangan Pantai Damai

KUCHING, 11 Julai 2019 (SNN)- Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Cawangan Pantai Damai menampilkan sedikit kelainan dalam Karnival Sukan Saberkas (Kasus) Kawasan Pantai Damai

Naib Presiden Saberkas Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, dua acara tersebut melibatkan larian belia dan tenpin boling.

Selain itu menurutnya, tiga lagi acara wajib merangkumi futsal, badminton dan bola jaring.

“Tujuan kita mengadakan karnival ini adalah untuk memilih wakil Saberkas Cawangan Pantai Damai ke Karnival Sukan Saberkas peringkat negeri,” katanya.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) berkata demikian selepas mesyuarat mengenai Karnival Sukan Saberkas Cawangan Pantai Damai di sini, semalam.

Beliau yang juga ADUN Pantai Damai menjelaskan, tiga acara wajib di samping larian belia akan dilangsungkan pada 4 Ogos di Bandar Baru Samariang.

Menurutnya lagi, tenpin boling yang melibatkan Saberkas unit di Pantai Damai diadakan pada 28 Julai di Emart Meganalanes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here