KUCHING, 13 NOVEMBER 2020 (SNN) : Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) serahkan bantuan korporat kepada 14 penerima yang terdiri daripada orang buta penglihatan.
Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah yang terlibat semasa majlis penyerahan itu telah menyampaikan bantuan bulanan elaun pekerja cacat sebanyak RM400 sebulan yang akan meringankan beban mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Dalam masa yang sama, Fatimah turut menjelaskan keputusan untuk menundak Para Sukma 2020 Johor ke tahun 2022 adalah keputusan yang tepat ekoran dalam memastikan keselamatan dan kesihatan para atlit yang bertanding terjamin.
Turut hadir sama dalam majlis itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dr. Saadiah Abdul Samat.-Sumber Ukas.