More
    Home Sarawak Betong Kawasan Beting Maro akan dibangunkan dengan sektor akuakultur

    Kawasan Beting Maro akan dibangunkan dengan sektor akuakultur

    BELADIN, 24 SEPTMBER 2020 (SNN) : Kerajaan Sarawak komited bantu bangunkan sektor pertanian dan ternakan di negeri ini dengan mengadakan pelbagai program dan kursus.

    Sebagai contoh, baru-baru ini Kursus Asas Akuakultur Ternakan Udang Marin yang diadakan di Kampung Beladin adalah salah satu usaha untuk memberi pendedahan kepada penduduk kampung dalam asas mengendalikan sektor ternakan itu.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Razaili Gapor berkata, tahap pengeluaran bahan mentah di negeri ini masih belum mencukupi dan beliau menggesa belia di negeri ini untuk menceburi serta mengambil peluang sebaik mungkin dengan melibatkan diri dalam industri penternakan.

    “Kerajaan negeri turut telah menyediakan peruntukan bagi membangunkan sektor pertanian dan akuakultur di kawasan DUN Beting Maro yang turut dikenali sebagai salah satu kawsan bakul makanan di Sarawak,” katanya ketika hadir dalam Majlis Penangguhan Kursus Asas Akuakultur Ternakan Udang Marin Dalam Kolam di Kampung Beladin hari ini.

    Razaili Gapor bergambar bersama para peserta yang hadir

    Ujarnya, beliau yakin dengan adanya kursus seperti itu dapat menarik minat banyak masyarakat untuk menjadi pengusaha terkanan akuakultur.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Semua Pelajar Sarawak di IPT seluruh Malaysia layak terima Bantuan Wang...

    0
    KUCHING, 23 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak tidak mengenakan sebarang pembayaran balik ke atas Bantuan Wang Saku yang diberikan kepada pelajar-pelajar dari negeri ini yang...