More
    Home Sarawak Bintulu Polis Marin berjaya rampas rokok dan minuman keras bernilai RM83 juta

    Polis Marin berjaya rampas rokok dan minuman keras bernilai RM83 juta

    BINTULU, 25 SEPTEMBER 2020 (sNN) : Polis Marin Wilayah 5 Bintulu dalam satu Operasi Landai pada Rabu lalu berjaya merampas rokok dan minuman keras bernilai sekitar RM83,484.72 di stor deretan rumah sewa Batu 5 Jalan Bintulu-Miri.

    Pegawa Pemerintah Markas Operasi Pasukan Operasi Pasukan Marin Wilayah 5 Kampung Jepak Bintulu ASP Ezuandi Bahadin berkata, sepasukan anggota Polis Marin Bintulu yang diketuainya telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah stor bersama penjaga stor terbabit kira-kira pada jam 8.30 malam.

    “Seorang lelaki penjaga stor berusia 42 tahun ditahan di bawah Akta Kastam 1967 dalam operasi itu.

    “Hasil pemeriksaan keatas gudang berkenaan, pihak kami menjumpai rokok bernilai RM78,204.72 dan minuman keras RM5,280.00,” katanya.

    Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Notis penangguhan sementara semua aktiviti pengimarahan dan penetapan had jemaah bagi...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2021 (SNN) : Berhubung dengan penularan wabak Covid-19 di negeri Sarawak yang dilihat semakin membimbangkan serta langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh...