Sibu, 12 April 2019 (SNN)- 10 buah masjid di Sarawak menerima Anugerah Standard Penarafan Bintang Masjid Sarawak hari ini. Majlis Penyampaian Anugerah Standard Penarafan Bintang Masjid Sarawak yang bertempat di Masjid An-Nur, Sibu tersebut disampaikan oleh YBhg. Datu Haji Misnu Bin Haji Taha, Yang Di Pertua Majlis Islam Sarawak .
Senarai 10 buah masjid yang menerima Anugerah Standard Penarafan Bintang Masjid Sarawak tersebut adalah :
1. Masjid An-Nur, Sibu
2. Masjid Darul Ehsan, Piasau Jaya, Miri
3. Masjid Setia Raja, Mukah
4. Masjid Al-Muttaqin, Sarikei
5. Masjid An-Naim, Kpg Pangkalan Lutong,Miri
6. Masjid As-Syakirin, Bintulu
7. Masjid Darul Taqwa, Daerah Lundu
8. Masjid Bahagian Serian
9. Masjid As-Salam, Miri
10. Masjid Besar Darul Ma’mur, Lawas
Masjid An-Nur Sibu telah dipilih sebagai penerima Anugerah Standard Penarafan Masjid Sarawak sebagai masjid pertama yang mendapat 5 Bintang dalam Standard Penarafan Bintang di seluruh Sarawak.
Misnu yang menyampaikan anugerah ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid An-Nur Sibu, Latiff Coupon selepas sahaja selesai solat Jumaat. Dalam kenyataannya selepas majlis tersebut, Misnu berharap semoga masjid-masjid akan lebih diimarahkan lagi dengan pelbagai aktiviti. Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBhg. Ustaz Haji Khalidi bin Haji Ibrahim, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak.
Misnu menyampaikan Anugerah Standard Penarafan Masjid Sarawak kepada Masjid An-Nur Sibu sebagai masjid pertama yang mendapat 5 Bintang. Anugerah disampaikan oleh Misnu kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid An-Nur Sibu, Latiff Coupon