KUCHING (SNN) – Datuk Haji Bolhassan Di, mantan Menteri Muda dalam Kabinet Negeri Sarawak,Yang Dipertua Persatuan Melayu Sarawak (PMS) dalam Mesyuarat Agung Khas pada 18 Ogos 2018 menjelaskan bahawa PMS bukan badan politik. Ahli-ahli PMS yang datang dari sekitar Bandaraya Kuching telah disertai oleh ahli dari Simunjuan dan Serian. Mereka telah diraikan dengan Majlis Suaimesra di Hawa Katering, Jalan Astana, Kuching mesyuarat tersebut.
Wakil Rakyat N6 Tupong
YB Fazzruddin bin Abdul Rahman, seorang wakil rakyat bagi kawasan N6 Tupong, telah merasmikan mesyuarat dan majlis PMS ini. Di dalam ucapannya Fazzruddin berasa bertuah kerana dapat bersama pemimpin dan ahli PMS yang telah lama berjuang membela nasib bangsa Melayu Sarawak. Beliau berharap agar PMS dapat terus berjuang bersama-sama memajukan masyarakat Melayu di N6 Tupong dan sekali gus menangani masalah sosial berkaitan dengan penyalahgunaan dadah dan kemiskinan bandar.
Kawasan N6 Tupong merupakan kawasan bandar yang padat dan rancak membangun. Sebilangan besar penduduk di sini adalah orang Melayu, Cina dan sedikit orang Dayak. Penglibatan murid sekolah dalam dadah sangat merisaukan, kata YB Fazarrudin, dan memohon agar semua ibu bapa memainkan peranan dengan tegas.
PMS Bukan Badan Politik
Yang Dipertua PMS, Datuk Bolhassan Di, di dalam ucapannya menegaskan PMS yang baharu berusia setahun bukan sebuah badan politik. Beliau menjelaskan penubuhan PMS tidak memecah-belahkan bangsa Melayu Sarawak seperti yang didakwa oleh beberapa pihak. PMS, kata beliau, memberikan bangsa Melayu Sarawak sebuah wadah lagi untuk berkhidmat kepada masyarakt. Sesuatu yang baik jika banyak akan membawa lebih banyak manfaat daripada keburukan. Masyarakat lain di Sarawak mempunyai lebih banyak lagi persatuan jika dibandingkan dengan bangsa Melayu Sarawak.
Golongan Warga Emas
Jika diperhatikan di dalam majlis pada malam itu sebilangan besar ahli PMS yang hadir adalah golongan warga emas lelaki dan wanita. Golongan muda sangat kurang .
Majlis Tertinggi, 2017-2019
Pada masa sekarang Majlis Tertinggi terdiri dari: Yang diPertua, Datok Hj Bolhassan Hj Di; Timbalan Yang diPertua, Bujang Boji Bin Sitam; Naib Yang diPertua, Pandi Bin Suhaili; Setiausaha Agung, Abang Hadera Bin Hj Lee;Tim Setiausaha Agung, Hj Adzuddin Hj Materang; Bendahari, Mohd Khusaini Bin Goli; Pen Bendahari, Hj Othman Wen; AJK Biasa, 1. Mohamad Bin Kasim 2. Majeri Bin Hj Li 3. Hj Othman Amin 4. Awg Zamahari Awg Seriee5. Ahmad Bin Hamid 6. Hj Ali Hassan Jajol 7. Husaini Bin Bujang.
Satu perkara yang menarik tentang PMS ini adalah lagu persatuan yang bersemangat dengan berjudul Sentiasa Berjuang hasil ciptaan Hj. Hassani Ismail dan muzik oleh Nawi Datuk Fauzi.