More
    Home Lain-lain HUS dipilih menjalankan ujian percubaan klinikal vaksin Covid-19 mengikut taraf kelas dunia

    HUS dipilih menjalankan ujian percubaan klinikal vaksin Covid-19 mengikut taraf kelas dunia

    KUCHING, 07 JANUARI 2021 (SNN) : Hospital Umum Sarawak (HUS) umum diketahui dengan perkhidmatan klinikal serta latihan profesional kesihatan serta sebagai rujukan untuk ujian klinikal bertaraf dunia. Oleh itu, HUS menjadi salah satu hospital dipilih untuk mengikuti ujian klinikal bertaraf antarabangsa di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKMM) bagi ujian vaksin Covid-19.

    Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Chin Zin Hing dalam satu kenyataan media menjelaskan, vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences (IMBCAMS) itu telah mendapat kelulusan protokol oleh Jawatankuasa Penyelidikan Dan Etika Penyelidikan Perubatan (MREC) dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

    “Malaysia telah dipilih oleh IMBCAMS untuk bekerjasama dalam bidang sains perhbatan sepanjang wabak ini dan memerlukan 3,000 subjek bagi ujian klinikal ini.

    “Untuk percubaan, subjek mungkin akan mendapat 50 peratus peluang disuntik dengan vaksin berkenaan manakala 50 peratus lagi mungkin akan disuntik dengan plasebo,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis.

    Beliau menambah, spesifikasi ujian klinikal hanya akan dibincangkan kepada individu yang bersetuju untuk mengambil bahagian dan diumumkan secara rasmi didaftarkan dalam percubaan klinikal di HUS.

    kenyataan media Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak komited terus maju dalam menghadapi cabaran antarabangsa termasuk perubahan iklim...

    0
    LONDON, 24 APRIL 2024: Sarawak komited untuk berkembang dan bangkit mencapai kejayaan serta berazam untuk kekal berdaya saing dan relevan sambil mencipta peluang untuk...