72 Surau dan Masjid di Limbang Akan Diaudit JAIS

0
218
Dr Hj Abdul Rahman bersama Pengulu, Pengerusi dan AJK Surau dalam Program Bicara Agama yang diadakan di Surau Darul Salihin, Kpg Temiang, semalam

LIMBANG 22 April 2019 (SNN)– Semua masjid dan surau di Bahagian Limbang akan dinilai Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Limbang dalam usaha menaiktaraf pengurusan rumah ibadat ini. 

Menteri Muda Pertanian Sarawak YB Dr Hj Abdul Rahman Hj Ismail berkata Majlis Islam Sarawak (MIS) dengan kerjasama semua Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dan surau bersetuju supaya 72 masjid dan surau di Bahagian Limbang diaudit dan dinilai JAIS. “Penilaian ini termasuklah pengisian, pengimarahan, urus tadbir dan keceriaan masjid dan surau,” katanya semasa menyampaikan ucapan ringkas dalam Program Bicara Agama yang diadakan di Surau Darul Salihin, Kpg Temiang, semalam.

Dr Hj Abdul Rahman Hj Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota menyarankan kepada setiap AJK masjid dan surau supaya rumah ibadat ini seronok dikunjungi kariah masjid dan pelancong. Sementara itu, penceramah jemputan dari Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang Al Fadhil Ustaz Mohamad Syahmi Anwar telah menyampaikan ceramah berkisar tentang persediaan sebelum Sambutan Bulan Ramadhan dan amalan semasa bulan Ramadhan. 

Pada majlis itu, beliau telah mengumumkan naik taraf Surau Darul Salihin berjumlah RM15,000 bagi membeli tiga penyaman udara yang akan dipasang sebelum bulan Ramadan ini. 

Hadir sama Penghulu Hj Abu Bakar Hj Tinggal, Ketua Kaum Kampung Pahlawan Hj Bunsu Tambah, Pengerusi Surau Darul Salihin Tambi Untung, Imam 1 Masjid Al Muhtadi Kampung Pahlawan Mohamad Ali Khamis dan Pengerusi Masjid Al Muhtadi Kampung Pahlawan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here