More
    Home Sarawak Limbang Limbang Lahir Jaguh Badminton Dunia

    Limbang Lahir Jaguh Badminton Dunia

    LIMBANG 22 April 2019 (SNN)- Limbang telah melahirkan seorang juara dunia badminton peringkat veteran yang telah memenangi beberapa kejohanan di peringkat antarabangsa.

    Menteri Muda Pertanian Sarawak merangkap Pengerusi Persatuan Badminton Limbang YB Dr Hj Abdul Rahman Hj Ismail berkata jaguh yang dimaksudnya ialah Timbalan Pengerusi Badminton Limbang, Zaini Tarip. “Zaini Tarip yang merupakan Timbalan Pengerusi Badminton Limbang telah berjaya mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa dan terkini Badminton Terbuka Taiwan,” katanya semasa berucap di Majlis Makan Malam anjuran Persatuan Badminton Limbang, semalam.

    Mengenai majlis ini, beliau melahirkan rasa gembiranya di atas kedatangan pasukan JS Team Brunei ke Limbang dalam usaha mengeratkan silaturahim dengan Persatuan Badminton Limbang. “Majlis makan malam ini adalah bagi meraikan rombongan badminton JS Team dari Brunei Darussalam yang sudi bertandang di Limbang.

    “Selain mengeratkan silaturahim, objektif lawatan ini bertujuan mencungkil bakat terpendam dan mengadakan sesi latihan bersama. Selepas ini, saya berharap Persatuan Badminton Limbang akan mengadakan lawatan balas ke Brunei atas perkara yang sama,” tambahnya.

    Pada majlis itu, kedua-dua pasukan telah bertukar-tukar cenderamata sebagai kenang-kenangan dan majlis telah dipersembahkan nyanyian karaoke daripada kedua-dua pihak.

    Hadir sama YDM Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia yang juga Ketua Rombongan JS Team Brunei Darussalam, Dr Awg Hj Ahmad Bin Hj Jumat, Pengerusi JS Team Brunei, Ahmad Haji Abdul Razak, Timbalan Pengerusi Persatuan Badminton Limbang, Zaini Garip dan Bendahari Persatuan Badminton Limbang Gani Matusin.

    Sebahagian tetamu yang hadir pada Majlis Makan Malam anjuran Persatuan Badminton Limbang, semalam

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...