6000 orang dijangka memeriahkan program “Berambeh Sungke” di Sibu

0
244
Dr Annuar semasa mempengerusikan mesyuarat "Berambeh Sungkei" anjuran Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Bahagian Sibu 2019, Pejabat Residen Bahagian Sibu dan Pusat Khidmat DUN N.55 Nangka di Pejabat Residen Bahagian Sibu

SIBU, 13 Mei 2019 (SNN)- 6000 orang dijangka memeriahkan program “Berambeh Sungke” di Sibu. Orang ramai tanpa mengira latar belakang agama dipelawa menyertai “Berambeh Sungkei” yang akan diadakan pada 18 Mei 2019, Sabtu bermula jam 5 petang sehingga jam 7.30 malam di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1, Sibu.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi YB Dr Annuar Rapaee berkata penglibatan semua kaum tanpa mengira agama dan bangsa di seluruh Sibu amatlah dialu-alukan.

“Penglibatan adalah terbuka kepada seluruh masyarakat Sibu tidak kira agama dan bangsa. Di sini, kita ingin menunjukkan bahawa masyarakat Sibu bersatu dalam apa jua perayaan yang melibatkan perayaan agama masing-masing”.

“Jadi, ini adalah suatu majlis yang amat penting bagi menunjukkan bahawa hubungan silaturahim masyarakat Sibu amatlah erat,” katanya semasa bercakap dalam sidang media selepas mempengerusi mesyuarat “Berambeh Sungkei” anjuran Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Bahagian Sibu 2019, Pejabat Residen Bahagian Sibu dan Pusat Khidmat DUN N.55 Nangka di Pejabat Residen Bahagian Sibu, Jumaat lepas. 

Penganjur menyasarkan kira-kira 6,000 peserta yang akan mengikuti program “Berambeh Sungkei” ini. Menurut beliau lagi, pada dua tahun lepas sambutan yang diterima amat menggalakkan dan penganjuran kali ini lebih meriah daripada tahun sebelumnya.

“Pada dua tahun lepas, sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan. Pada tahun ini, kita akan menjemput semua pihak secara terbuka termasuk jabatan-jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada pelbagai agama, masjid, gereja dan kuil,” tambahnya.

Mereka yang ingin menyertainya perlu membawa bersama juadah masing-masing termasuk kelengkapan lain yang diperlukan dengan penganjur hanya menyediakan buah kurma. Untuk masyarakat Islam, penganjur akan menyediakan tempat untuk solat Maghrib sahaja.

Turut diadakan pertunjukkan meriam buluh dan diadakan dalam suasana santai dan ringkas. Menurut penganjur lagi, sekiranya cuaca tidak mengizinkan, majlis akan dibatalkan.

Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1, Sibu.
 
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here