More
    Home Projek Jalan raya Sebuyau-Lingga tingkatkan sosioekonomi penduduk luar bandar

    Projek Jalan raya Sebuyau-Lingga tingkatkan sosioekonomi penduduk luar bandar

    KUCHING, 11 NOVEMBER 2020 (SNN) : Projek pembinaan Jalan raya Sebuyau-Lingga sepanjang 30 Kilometer dijangka akan mula dibina pada awal tahun 2021.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berkata, projek yang telah diluluskan peruntukan sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sarawak adalah di bawah Program Perhubungan Jalan Utama Kedua.

    “Siapnya projek itu nanti akan menjadi salah satu jalan perhubungan luar bandar utama oleh penduduk sekitar kawasan Lingga-Sebuyau dan sekitarnya.

    “Jalan ini amat dinanti-nantikan oleh penduduk kawasan Lingga kerana ia akan memendekkan masa perjalanan dan jarak untuk ke Kota Samarahan seterusnya ke Bandaraya Kuching,” katanya ketika menjawab seolan ADUN Lingga semasa Sesi Persidangan Hari Kedua Mesyuarat kedua Penggal Kelima DUN Sarawak.

    Sesi soal jawab dalam persidangan Dun hari Kedua

    Tambah beliau, jalan raya jenis single carries way dua lorong itu akan merancakkan pembangunan sosioekonomi penduduk setempat disamping akan dilimpahi pelbagai pembangunan lain sepertimana yang dinikmati di kawasan yang lain.

    Ujarnya, pembinaan jalan raya itu nanti akan dihubungkan dengan sebuah jambatan di Sungai Lingga sepanjang 650 meter dan sebuah jambatan kecil bagi melengkapkan perhubungan jalan itu kelak.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...