More
    Home 1 kes kematian Covid-19 direkodkan di Kuching hari ini

    1 kes kematian Covid-19 direkodkan di Kuching hari ini

    KUCHING, 26 JULAI 2020 (SNN) : Daerah Kuching hari ini merekodkan satu (1) kes kematian Covid-19 melibatkan seorang wanita warga tempatan berusia 63 tahun yang sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.

    Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana dalam satu kenyataan media, mangsa yang tinggal di Bandar Samariang Baru, Kuching itu merupakan kes ke-589 dan telah disahkan positif pada 17 Julai 2020 lalu. Kes juga dipercayai menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

    Kematian kes telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Hospital Kuching dan punca kematian adalah disebabkan Severe Pneumonia Secondary to Covid-19. Urusan pengebumian mangsa akan diselia rapi oleh pihak Pasukan Health Inspektor Pejabat Kesihatan Bahagian kuching (Kes Penyakit Mudah Berjangkit).

    “Hari ini juga direkodkan satu kes positif Covid-19 melibatkan seorang lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai Petugas Kesihatan di fasiliti kesihatan Hospital Sentosa, Kuching,” jelas kenyataan itu lagi.

    Kes disaring secara aktif yang melibatkan Kluster Sentosa dan merupakan kes ke-21 dari kluster itu. Kes diambil ujian swab pada 24 Julai 2020 dan disahkan positif pada 25 Julai 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) pada hari yang sama untuk menerima rawatan lanjut.

    Dimaklumkan juga hari ini terdapat dua kes sembuh dan discaj dari HUS menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 563 orang.- Nizal.

    Kenyataan media harian JPBN Sarawak

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    RM405 juta diperuntukan untuk meneruskan BKSS 5.0 bermula Januari hingga Jun...

    0
    KUCHING, 21 JANUARI 2021 (SNN) : Sebanyak RM405 juta peruntukan keseluruhan diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagi meneruskan...