Mangsa kebakaran di Beladin terima sumbangan daripada ADUN Beting Maro

0
198
ADUN Beting Maro tinjau tempat kejadian kebakaran yang berlaku pada Ahad

PUSA, 28 JULAI 2020 (SNN) : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razali Gapor semalam meluangkan masa meninjau mangsa kebakaran rumah di Kampung Hulu Beladin, Pusa yang berlaku pada ahad lalu.

Dalam lawatan itu beliau telah menghulurkan sumbangan berbentuk makanan dan wang ringgit bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat.

Turut hadir juga Jabatan Kebajikan Masyarakat Betong menghulurkan bantuan makanan dan juga dalam pada itu Wanita PBB Kampung Beladin juga turut menyerahkan bantuan hasil sumbangan penduduk kampung.

Gambar: Razali Gapor serah bantuan kepada mangsa.Sumber Ukas

Terdahulu, satu kejadian kebakaran telah berlaku pada jam 8.30 malam yang telah memusnahkan dua buah rumah. Pihak bomba tiba di tempat kejadian sekitar jam 10.00 malam dan berjaya memadam sepenuhnya kebakaran sekitar jam 11.15 malam.

Turut hadir, wakil Ahli Parlimen Batang Lupar, Cr Dato Lim Kian Choon dan Penghulu Kampung Beladin, Mahbang Labek.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.-Sumber Ukas. Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here