Isu Tanah NCR- DBNA turut mainkan peranan penting urus hak tanah adat

0
133
Sesi bergambar bersama penduduk yang hadir dalam mesyuarat pada Sabtu

SERIAN, 26 JULAI 2020 (SNN) : Peranan Dayak Bidayuh National Association (DBNA) selain daripada menyatupadukan hubungan kaum Bidayuh di Sarawak juga adalah berperanan dalam menguruskan isu berkenaan hak tanah adat NCR di negeri ini.

Menteri Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Dato Sri Michael Manyin berkata, semua pihak kampung khususnya ketua-ketua kampung diminta memberikan kerjasama dalam mendokumentasikan tanah NCR.

“Kerajaan Sarawak akan mengiktiraf tanah NCR mereka di bawah seksyen 16 dan 18 serta tetap menjadikan ianya fokus utama sehingga tahun mendatang,” ujarnya ketika menghadiri Majlis Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan DBNA Serian 2020 di Dewan Masyarakat Serian pada Sabtu.

Gambar: Dato Michael Manyin menerima buah tangan semasa menghadiri majlis penangguhan mesyuarat Agung Tahunan DBNA di Serian.

Beliau turut memaklumkan DBNA perlu mengambil peranan penting dalam memastikan anak muda Bidayuh tidak ketinggalan daripada arus pembangunan pendidikan negara.-Sumber Ukas. Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here