Yayasan Sarawak Sumbangkan Baju Seragam Sekolah Untuk Murid

0
1536
Yayasan Sarawak

SERIAN (3 September 2018) – Kerajaan Sarawak telah menaikkan jumlah kadar bantuan yang akan diuruskan oleh pihak Yayasan Sarawak kepada pelajar yang layak menerima.

John Ilus selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja berkata dalam sebuah ucapan ketika berucap pada Majlis Penyampaian Baucar Bantuan Seragam Negeri Yayasan Sarawak Sekolah Kebangsaan (SK) St Patrick Tangga baru-baru ini.  Beliau berkata sebelum ini kerajaan hanya memberi bantuan sebanyak RM100 dan keputusan menaikkan kadar bantuan oleh kerajaan negeri ini disebabkan dasar prihatin terhadap pembangunan pendidikan Sarawak.

John IIlus, Wakil rakya Ahli Dewan Undangan Bukit Semuja, Serian, Sarawak

Menurut ADUN Bukit Semuja itu, kepimpinan negeri amat mengambil berat terhadap pembungnan pendidikan dan soal kebajikan anak-anak yang masih bersekolah. Kerajaan negeri juga tidak mahu melihat anak-anak yang tidak bersekolah disebabkan kekangan wang yang tidak mencukupi untuk membeli pakaian seragam sekolah atau membeli buku serta alat tulis.

Justeru itu, kerajaan telah berusaha untuk mengatasi isu seperti ini dan telah memutuskan untuk menambah kadar bantuan dari RM100 kepada RM200. Di samping itu, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM4 juta bagi kegunaan pelajar tahun dan tingkatan satu yang layak menerima.

Kelayakan pelajar untuk menerima bantuan ini adalah berdasarkan kepada data yang diperolehi melalui e-Kasih, murid berkeperluan Khas (OKU), murid Penan atau yang telah disahkan oleh ‘Focus Group’ daerah.

Katanya lagi, “ Pekedai tidak seharusnya mengaut keuntungan yang tidak munasaba melalui program ini malahan adalah baik sekiranya ibu bapa memeriksa terlebih dahulu pakaian supaya setimpal dengan nilai baucar.”

“Ibu bapa, komuniti, guru dan pelajar masing-masing memainkan peranan dalam membantu konsep ‘hybrid’ yang dilaksanakan agar usaha itu berjaya.”

“dalam kalangan anak-anak yang tidak begitu berjaya dalam akademik bukanlah sesuatu yang tidak bererti mereka tidak akan mempunyai asa depan yang cerah dan sukat mendapat pekerjaan.”

Beliau turut menegaskan bahawa ibu bapa harus mengenal pasti dari awal kemahiran dan bakar anak-anak dalam membantu membangunkan mereka malahan institusi kemahiran seperti CENTEXS turut menawarkan pelbagai jenis latihan kemahiran yang berasaskan industri minyak dan gas dan kita juga mempunyai sebuah Sekolah Seni bagi mereka yang minat dalam bidang kesenian.

John telah menampaikan geran MRP kepada 10 badan PIBG yang bernilai lebih daripada RM90 000. Majlis ini turut disertai oleh wakil Pengarah Yayasan Sarawak Mohammad Faisal Jaafar, wakil Residen Bahagian Serian Wee Chung Yee, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Serian Repent Sayen, Pemangku Pegawai Daerah Tebedu Gerrard George Entigar dan wakil Setiausaha Majlis Daerah Serian Nojen Ramen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here