More
    Home Tun Dr. Mahathir Jalin Semula Hubungan Dengan Sultan Hassanal Bolkiah

    Tun Dr. Mahathir Jalin Semula Hubungan Dengan Sultan Hassanal Bolkiah

    KUCHING (SNN) –  Tun Dr Mahathir akan mengadakan lawatan rasmi pertama ke Brunei Darussalam pada esok hari selepas kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia pada Mei yang lalu.  Lawatan ini juga merupakan lawatan balas atas berangkatan Sultan Hassanal Bolkiah ke Putra Jaya selang beberapa minggu selepas Tun Mahathiir mengambil alih pentadbiran Kerajaan Malaysia.

    Pada 29 dan 30 Jun lalu, Tun Mahathir telah mengadakan lawatan rasminya di Indonesia bagi mengadakan pertemuan bersama Presiden kehormat Indonesia Joko Widodo. Lawatan beliau turut diiringi oleh isterinya yang tercinta, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah yang turut serta melakukan kunjungan hormat ke atas Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.

    Wisma Putra mengeluarkan kenyataan bahawa lawatan ini diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan baik Malaysia-Brunei yang telah lama terjalin. Selain itu, perjumpaan di antara kedua pemimpin ini dilaksanakan untuk memampankan lagi hubungan dua hala Malaysia-Brunei.

    Menurut Wisma Putra, “ia juga salah satu platform terbaik untuk Malaysia mengetengahkan dasar terkini pentadbirannya, selain pendirian berkaitan beberapa isu atau perkara yang memiliki manfaat bersama kedua-dua negara.”

    Jelasnya lagi, Malaysia telah menjalinkan hubungan yang rapat bersama negara Brunei Darussalam. Antara orang yang pertama melawat dan mengucapkan tahniah ke atas pelantikan Perdana Menteri Ke-7 Malaysia ialah Sultan Brunei yang telah mengadakan lawatan peribadi untuk mengadakan pertemuan bersama Tun Dr Mahathir.

    Di dalam hal ehwal perdagangan pula, Brunei adalah kelompok ke-7 terbesar di dalam negara anggota ASEAN dan menjadi rakan dagang ke-35 terbesar Malaysia. Dalam cacatan ekonomi dua buah negara ini telah mencapai AS$1.14 bilion dalam hal perdagangan yang dilihat sepanjang tahun 2017 malahan telah mencatat peningkatan peratus yang tinggi sebanyak 70 peratus berbanding AS$0.67 bilion yang direkodkan pada tahun 2016.

    Akmal Azlan

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...