More
    Home Percubaan Mansuhkan MARA Ditentang Kerajaan Pakatan Harapan

    Percubaan Mansuhkan MARA Ditentang Kerajaan Pakatan Harapan

    KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah mengeluarkan satu kenyataan pada hari Sabtu yang lalu bahawa mereka memutuskan untuk meletakkan MARA di bawah KPLB bagi meneruskan agenda bumiputera.

    Keputusan ini telah diperkuatkan lagi dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada dua hari yang lalu di dalam dialog Kongres Masa Depan Bumiputera 2018 (KBN 2018) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

    Tun Dr. Mahathir di Kongres Masa Depan Bumiputera 2018

    KPLB telah menjelaskan bahawa mereka akan menjadikan MARA sebagai penerus dan peneraju agenda yang berperanan untuk membangunkan Bumiputera di negara ini. Hal ini juga selari dengan tujuan utama penubuhan MARA yang menggantikan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perubahan (RIDA).

    KPLB menjelaskan dengan berkata, “MARA mempunyai peranan yang besar dan amat penting dalam membangunkan Bumiputera di luar bandar menerusi pembangunan ekonomi, perniagaan, perindustrian, pendidikan dan juga pelaburan.”

    1 Mac 1966 merupakan tarikh penubuhan sebuah badan berkanun yang digelar Majlis Amanah Rakyar (MARA) yang hasil penubuhannya adalah daripada Kongres Bumiputera yang pertama di Kuala Lumpur pada tahun 1965.

    Khabar angin yang mengatakan MARA akan dipindahkan ke kementerian lain termasuk Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang diketuai oleh Menteri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah tidak benar.

    Akmal Azlan

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...