More
    Home Wisma Melayu Sarawak lambang perpaduan masyarakat Melayu

    Wisma Melayu Sarawak lambang perpaduan masyarakat Melayu

    KUCHING, 10 DISEMBER 2020 (SNN) : Satu lagi sejarah berjaya dilakar buat Sarawak hari ini selepas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg menyempurnakan Majlis Pecah Tanah pembinaan Wisma Melayu Sarawak di Jalan Diplomatik, Petra Jaya.

    Pembinaan yang memakan masa selama 24 bulan bermula hari ini akan menempatkan beberapa ruang seperti pejabat, galeri pameran budaya Melayu, dewan dan sebagainya untuk kegunaan bersama.

    Back

    2. Reka Bentuk Tengkolok

    Semasa dalam ucapan perasmian Ketua Menteri, beliau menyebut bangunan tersebut akan dibina dengan reka bentuk tengkolok yang membawa makna imej masyarakat Melayu di Sarawak bersatu-padu dan bersemangat dalam menjadikan bangsa Melayu maju sejajar dengan kaum yang lain di negeri ini.

    Hal ini amatlah bertepatan dengan ajaran kitab suci Al-Quran yang mana Allah SWT telah berfirman bahawa ‘Dia(Allah) tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubah nasib mereka’.

    “Wisma Melayu ini merupakan ilham Allayarham Datuk Patinggi Haji Adenan Satem yang ketika itu merupakan Pengerusi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) menginginkan pertubuhan itu mempunyai bangunannya sendiri.

    “Dan hari ini saya bersama Datuk Amar Awang Tengah merealisasikan ilham itu dengan membina Wisma Melayu diatas tapak tanah yang telah beliau sediakan dahulu,” katanya ketika berucap.

    Simbolik pecah tanah pembinaan Wisma Melayu Sarawak disempurnakan oleh Ketua Menteri pagi tadi.

    Ketua Menteri turut menegaskan, di bawah pentadbirannya adalah mengikut konsep pelaksanaan Piagam Madinah iaitu memberi keadilan kepada semua kaum dan kita berharap kaum yang lain di negeri ini memiliki pemikiran yang sama dengan kita.

    Awang Tengah menyampaikan ucapan alu-aluan. Gambar SNN
    Abang Johari sedang menyampaikan ucapan perasmian. Gambar SNN
    Back

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...