More
    Home Wisma Melayu Sarawak mula dibina hari ini

    Wisma Melayu Sarawak mula dibina hari ini

    KUCHING, 10 DISEMBER 2020 (SNN) – Wisma Melayu Sarawak mula dibina pada pagi ini. Majlis Pecah Tanah Wisma Melayu Sarawak akan disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi (Dr.) Hj. Abang Zohari Abdul Rahman bin Tun Abang Openg di Jalan Diplomatik, Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Wisma Melayu Sarawak ini merupakan projek Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak yang mewakili seluruh penduduk Melayu Sarawak serta masyarakat Islam lain seperti Kedayan, Melanau, Vaie Segan, Jati Miriek dan lain-lain.

    Ramai pemimpin Melayu sekarang dan tokoh-tokoh Melayu lain dijangka akan menghadiri majlis ini. Antara mereka adalah Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Amar Hj. Awang Tengah bin Hasan merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS; YBhg. Datuk Amar Hj. Awang Asifia bin Nasar (Speaker DUN Sarawak); YB Datuk Mohamad Naroden bin Majais merangkap Timbalan Pengerusi AKYBMS dan lain-lain.

    Persiapan Majlis Pecah Tanah Wisma Melayu Sarawak telah selesai malam tadi. Gambar AKYBMS

    Pembinaan Wisma Melayu Sarawak ini merupakan projek fasa pertama di kawasan seluas 6 ekar dan fasa 2 pula di kawasan seluas 5 ekar. Wisma Melayu Sarawak ini akan mempunyai dewan serbaguna yang boleh menampung 2,000 orang, galeri sejarah dan budaya Melayu, surau, bilik fungsi, kafe, pentas terbuka, taman budaya dan pejabat AKYBMS. Pembinaan ini akan mengambil masa selama 24 bulan. In syaa Allah.

    Fasa 2 nanti akan terdiri dari sebuah blok pejabat, hotel bajet dan ruang perniagaan.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak sedia guna dana sendiri sebagai penadahuluan baiki sekolah dan...

    0
    SIBU, 19 APRIL 2024 (SNN): Kerajaan Sarawak menyambut baik dasar baharu yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan dengan membenarkan kerajaan negeri menggunakan dana sendiri sebagai pendahuluan...