More
    Home Sarawak Samarahan Kemudahan jalan raya bawa perubahan kawasan pedalaman

    Kemudahan jalan raya bawa perubahan kawasan pedalaman

    SEBUYAU, 10 DISEMBER 2020 (SNN) : Pembinaan infrastruktur jalan raya di kawasan kampung dan pedalaman banyak membawa perubahan terutama dalam sektor sosioekonomi penduduk.

    Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap ADUN Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi semasa hadir dalam program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Arus Iban, Sebangan berkata, pelbagai bentuk pembangunan yang akan dikecapi dengan adanya kemudahan jalan raya menghubung ke kawasan kampung.

    “Kita yakin kerajaan di bawah pimpinan parti GPS benar-benar mengutamakan keperluan rakyat Sarawak sendiri terutama agenda membangunkan kawasan luar bandar,” katanya.

    Dalam majlis yang sama, beliau turut merasmikan jalan menghubung ke Kampung Arus Iban, Sebangan yang telah siap pembinaannya.

    Beliau turut mengumumkan kelulusan projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang melibatkan baikpulih dewan masyarakat bagi tahun 2021.

    Datuk Narawi berucap semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat pada 6 Disember lalu.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...