More
    Home Business Usahawan wanita harus lebih profesional

    Usahawan wanita harus lebih profesional

    KUCHING, 24 JUN 2020 (SNN) – Usahawan wanita di Sarawak harus lebih profesional menjalankan perniagaan, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK), Dato Sri Fatimah Abdullah. Bercakap semasa sidang media di Kuching, Fatimah berkata, ini kerana ramai usahawan wanita pada masa ini masih menjalankan perniagaan tanpa permit dan lesen perniagaan daripada pihak tertentu mengikut laporan UKAS.

    Sehubungan itu, jelasnya, KWKPK telah menubuhkan pasukan petugas bagi membantu para usahawan wanita untuk mendapatkan lesen dan permit perniagaan mereka.  Ahli-ahli pasukan tersebut terdiri daripada JWKS, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED), Sarawak Multimedia Authority (SMA), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (MLGH), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEX), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Pihak Berkuasa Tempatan (BPT) dan Pejabat Daerah.

    Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 56 Dalat berkata, masih ramai yang tidak memiliki lesen dan permit perniagaan disebabkan usahawan tidak mengetahui kepentingan dan keperluan lesen atau permit, tidak mengetahui syarat dan prosedur pendaftaran lesen perniagaan khasnya bagi penjaja dan peniaga di Kawasan luar bandar, selesa berniaga secara kecil-kecilan, secara dalam talian dan separuh masa, tiada modal untuk mendaftar lesen perniagaan dan menyewa alamat inkubator (agensi kerajaan dan swasta), tidak mempunyai premis perniagaan dan tidak mahu membayar cukai LHDN.

    Pada masa yang sama, katanya, lesen dan permit perniagaan penting untuk menerima bantuan yang dikhaskan kepada usahawan di negeri ini samada melalui Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).  Laporan daripada Nizal.

    Sanifa
    Chief Editor

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...